Friday, July 13, 2012

OsteMatrix

Posted by awan terpilu at 12:49 PM
yuhuuu kini aku kembali (^___^)...nak ml bersiaran berceloteh ttg vitamin Shaklee lg...ohhh jgn bosan jgn riso,aku bkn nak menjual...jauh skali nak memaksa korang3 membli ini vit...tp hanya ingin berkongsi knowledge+khasiat vit yg aku br nak try ni *ohhh try new items lg*...ahh xksah laa coz aku ni mmg ske mkn segala mcm mak nenek vit2 ni hah (@___@)...

ok2 xmau melalut pnjang2 sgt...ni aku introduce kat korang,apa vit br yg aku nak try mkn ni...knp tetb aku bli vit ni ------> ni smua gara2 aku pi kursus kat LPPKN Shah Alam...tjuk kursus aku tu mmg cam xsesuai benor dgn aku tp aku redah jer!!...kursus ttg Keibubapaan Atok Nenek *aku ni lg 30thn nak pencen,lg berpuluh2 thn br dpt jd nenek*...tp xksah laaa yerk (^___^)...dok khusyuk aku dgr doktor tu pok pek pok pek dok cite psal makbapak tok nenek...tup2 doktor msuk bab kesihatan lak *bab ni mmg aku ske,xtaw laa knp????*...cite lak psal OSTEOPOROSIS...tu diaa terkesima jap aku *dlm pala otak dok hafal nama vit2 yg aku mkn*...nak dipendekkan cite,umo aku pun dah 3series...so mmg hrus start mkn kalsium *seelok2nya umo dah msuk 27/28thn nak msuk ke 30thn*...wajib ambil vit kalsium/susu anlene tu hah!!...bab minum susu tu,aku no hal coz pnah minum pun sblum ni *just time pregnant dl,xleh minum susu lngsung!!*...tp tkut terbabas lupa minum or perut dah knyang sgt dgn air+vit2 yg dok mengelodak dlm perut...so aku decided nak ambil kalsium jnis pil ajer...snng xyah riso,nganga mulut ngapp telan (^_____~)...




Ostematrix
120 capsules...4capsules twice a day (^____^)...

repeat order lg (^___^)...ni stok utk berbln2 tahan lmnya...cuma yg  Lecithin tu,jangka hayat 1botol utk 1bln wokey...

aturan mkn cara mama aakif (@___@)\(-___-")/

PAGI
1bj B-Complex
2bj Alfalfa
2bj Ostematrix *the latest*
1bj Vit-E Complex

TGH
1bj B-Complex
3bj Lecithin

MLM
2bj Alfalfa
3bj Lecithin
4bj Herb- Lax (ni mkn selang-seli/ujung minggu jer pun blh)
2bj Ostematrix *the latest*




nenek nenek si bongkok tiga… siang mengantuk malam berjaga…mencr cucu di mn ada...nenek ku kawen dgn anak raja...

kuang3,tetiba lak nak nyanyi ini lagu...mesti korang pkir "buang tebiat ke apa mama aakif ni"??!!!...bkn apa,nyanyi ini lagu coz nak kaitkan dgn vit br yg aku try ni hah...brlaa sepadan lagu+vit,rangkaian yg sesuai...so jk korang rjin or tgh free time lunch ari jumaat *org koje gomen,lunch break manyak lamaaaaa ari jumaat*...leh laa bc info ttg vit ni wokeyyy (^______~)...



Bongkok adakah gejala bongkok ini merupakan proses semulajadi penuaan??...dalam ertikata lain, bila dah tua, automatik akan menjadi bongkok...benarkah???...

Mengikut teori terbaru, proses penuaan tidak berkaitan dengan usia tua...maknanya usia muda pun boleh mengalami proses penuaan dan kalau tua pun tak semestinya mengalami proses penuaan...Bagaimana??...salah satunya ialah membekalkan tubuh dengan nutrien yang diperlukan secukupnya!!...Bagi mengatasi masalah bongkok yang juga merupakan salah satu gejala osteoporosis (tulang ‘reput’).. Oh ya kalau dalam iklan TV An**** tu selalu kata yang wanita Malaysia hanya mendapat 50% kalsium harian dan jisim tulang mula merosot bila kita mula mencedah usia 30 tahun. Mahukah cepat bongkok? Tentu tidak kan??!!!...


OK sebelum itu, apakah kalsium ni??...biasa orang kaitkan kalsium dengan tulang kan ----> Sakit tulang ----> kurang kalsium+nak kuatkan tulang, banyakkan makan kalsium...sebenarnya, BUKAN KALSIUM SEMATA-MATA yang terlibat dalam pembinaan tulang...bayangkan macam ni, kalsium adalah batu-bata dalam proses pembinaan tulang, bolehkan kita membina bangunan yang kukuh dengan batu-bata sahaja tanpa simen atau mortar untuk melekatkannya antara satu sama lain??? Tak boleh kan??...di sinilah pentingnya mineral lain seperti magnesium, boron, zink, kuprum, mangan vitamin K dan vitamin D...

 
Ostematrix! Bukan sekadar kalsium
Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar untuk membina tulang yang kuat dan sihat.
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated         dan mudah diserap.
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang.
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium.
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang.
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang.
  • Mangan, copper dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu                         membina jisim tulang.



OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS. Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.
Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee????
  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap.
  • Terbukti secara klinikal.
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan.
  • VITAMIN SEMULAJADI!!

Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang             yang sihat untuk jangka masa panjang.
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan    kalsium.
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak.
  • Wanita yang mengalami gejala PMS.
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal.
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain.
  •  
     
     

0 comments:

 

Mama Aakif Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting